cari makan

Tuesday, December 8, 2009

apa yang membezakan kita?

Tuesday, December 8, 2009

Kita.kamu.sama tapi tak serupa.

Apa yang serupa? Apa yang tak sama?

Spesies? Homo sapiens.

Warna kulit? Putih, gelap, kuning langsat, sawo matang

Rambut? Lurus, ikal mayang, teknik rebonding

Jenis darah? Darah A, O,B, AB

Jadi, apa yang membezakan kita?

Sehingga kita saling memerlukan?

Saling bergaduh?

Saling berebut?

Saling sayang menyanyangi?

Cara kau berfikir. Ya. Itu tak sama. Cara kau pandang sesuatu itu. Ya itu yang membezakan kita. Dugaan datang tanpa henti dan datang dalam bentuk yang berbeza dengan tujuan yang sama tetapi dalam percaturan masa yang berbeza. Ada yang lambat, ada yang cepat. Matang nya engkau di lihat dari segi keputusan yang di buat. Respons yang di beri. Oleh itu, cara kau berfikir sama ada kau seorang yang optimis, pesimis atau apa apa saja, itu lah yang membezakan kita.

Aku boleh lihat gelas yang berisi setengah susu itu, separa penuh, dan kau mungkin lihat separa kosong.

Apa yang mempengaruhi cara kau berfikir ialah ilmu. Ilmu tak pernah habis. Makin kau cari, makin kau telaah, makin banyak ilmu. Makin banyak yang kau tahu. Makin banyak persoalan timbul dalam benak kau. Makin banyak penyelesaian yang kau jumpa. Oleh itu, ilmu itu penting. Ilmu yang membezakan kita.

Jadi, kenapa kau kedekut dengan ilmu kau? Kenapa kau tak boleh share kah?

Kalau kau ada sebiji epal, dan memberi epal itu kepada manusia yang lain, kau akan kehilangan epal itu. Tapi sekiranya kau mengajar 1+4-9x18+2 kau memberi ilmu dan dapat pemahaman. Kan bagus.

Kenapa fikiran kau sungguh cetek. Buka lah mata. Bukalah minda. Mana golongan hebat yang di sarankan oleh kerajaan?

0 comments:

 
~a little bit of everything~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates