cari makan

Sunday, November 15, 2009

kawan baik dan buruk.

Sunday, November 15, 2009
kau tahu, kalau kau berada di sekitar najis yang baunya busuk, dan apabila kau keluar dari kawasan itu, kau masih juga busuk dan perlu mandi untuk menghilangkan busuk itu.



kalau kau berada di kedai yang menjual parfume. pelbagai brand. wangi. dan apabila kau keluar dari kedai itu, kau tetap wangi dengan pelbagai bau bauan parfume itu.


apa yang berada di sekeliling kau, kau akan terkena impact nya sedikit atau banyak. tak usah dipedulikan bahawa manusia sejagat memang suka jaga tepi kain orang. sebab itu merumitkan keadaan lagi.



apa yang aku nak sampaikan di sini ialah, bila kau luka berdarah, bernanah, kau pasti akan terkotor.xbanyak, sedikit. sama seperti kita berkawan. kalau kau berkawan dengan insan insan yang baik. yang pergi ke surau. mendengar usrah setiap selepas selesai solat maghrib. walau ada di antara mereka tetap mengamalkan gaya hidup mengumpat. lama-lama kau akan mengikut juga. xbanyak. mungkin hari khamis malam jumaat kau ikut.dan mungkin hari sabtu kau tak ikut. tapi kau ikut.



kalau kawan sekeliling kau yang tiap malam akan keluar melepak, akan keluar clubbing menghabiskan duit yang mak bapak kirimkan. suatu malam, kau akan ikut jgak. mungkin kerana perasaan ingin tahu, atau di cabar oleh rakan rakan mahupun diejek dengan nama budak surau kalu kau tak ikut.



kan aku dah kata tadi. sedikit sebanyak orang sekeliling kita akan mempengaruhi siapa diri kita sebenarnya. patut Rasulullah berpesan, kalau nak lihat siapa diri kita sebenarnya, lihat pada kawan kita.



kerana kawan kita mencerminkan siapa diri kita.



p/s: tuhan bagi akal untuk membezakan yang mana baik, yang mana buruk. Lu pikirlah sendiri~~~~~


owh ya, aku dah menonton 2012. memang best. 2 jam lebih duduk menonton.memamg berbaloi. 5 bintang aku bagi.

0 comments:

 
~a little bit of everything~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates