cari makan

Wednesday, April 15, 2009

jalan sehala

Wednesday, April 15, 2009
sepatutnya, aku mengulangkaji tika ini. tapi ntah mengapa rasa nak menaip pulak.


aku terbaca suatu artikel tadi yang menyatakan hidup ini merupakan jalan sehala. ya. sehala. no turning back. itu yang aku mula fahami pada semester ini. apa yang berlaku akan tetap berlaku. masa tidak akan kembali.


sumpah demi Allah, ada 2 perkara dalam hidup aku yang aku harap bole re-do tapi,mustahil.



aku teringat dengan satu cerita. seorang leftenan mendaratkan askar askar nya di pantai. kemudian dia diam sejenak.lalu mengarahkan askar askarnya untuk membakar semua perahu yang telah di daratkan. kerana akur pada arahan ketua, askar askarnya membakar semua perahu yang menjadi pengangkutan mereka untuk kembali ke kapal.




oleh kerana perahu yang di daratkan telah di bakar, askar askar itu berjuang sehabis habisan kerana menyangka mereka tidak akan kembali ke kapal mereka. akhirnya, mereka berjaya menawan kawasan itu.



2 3 menjak ini, banyak benda yang bermain di ruang fikiran ku. aku tahu, ianya tak penting.cuma perasaan sahaja. apa yang aku khuatirkan sebenarnya?





dikatakan 60% kekhuatiran kita langsung tidak berasas, hanya mainan fikiran kerana tidak menjadi kenyataan. 20% kekeliruan tertumpu pada kenangan lampau yang berada di luar kawalan kita. manakala 20% kekhuatiran kita berdasarkan perkara yang remeh temeh yang langsung tak membawa apa apa perbezaan dalam hidup kita.



John C. Maxwell pernah berkata

" Kekhuatiran akan menghambat tindakan, tiadanya tindakan menunjukkan tiada pengalaman, tiada pengalaman menunjukkan tiada pengetahuan dan tiadanya pengetahuan akan melahirkan kekhuatiran"



aku bakal bertempur di medan peperiksaan. kenapa perlu aku teragak agak untuk bertempur?
aku benci perasaan itu!


kehidupan ini ibarat satu perjalanan yang sehala. seberapa banyak pun perubahan laluan yang di alami, tidak satu pun yang akan membawa anda kembali.


apa yang penting, bukan dari mana kita bermula, tetapi di mana kita berakhir. ini lah yang menggambarkan diri kita yang sebenar.



renung renungkan lah...

1 comments:

Lim

like this post...

n hahaha...

layout changed again...

like it too... ;p

 
~a little bit of everything~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates