cari makan

Thursday, April 30, 2009

adakah anda merasa diri anda tua atau dewasa?

Thursday, April 30, 2009
exam dah abis. tapi kepala ku masih sakit. hahaha. kesian nya aku. kali ini gaya aku menjawab kertas final exam ku amat berbeza. seperti yang telah di nyatakan, dugaan kali ini amat berbeza. dan amatlah perit. tapi, Tuhan menduga dengan kemampuan umat Nya.



banyak perkara terjadi setelah tamatnya berperang di medan perang menembak jawapan mcQ, ada yang kata aku pregnant siap bersumpah lagi bahawa dengan siapa aku keluar. ceh! poyo betul lelaki itu. Kalau nak tawu pasal hidup aku pun xpayah lah tuduh aku macam macam. menyampah!



owh ya. aku memang keliru tentang lelaki sekarang. banyak teori mahupun prinsip yang aku dengar. banyak perkara yang perlu difikirkan. Tuhan, tolonglah hamba Mu ini.



bagaimana manusia berfikir ek? pernah terfikir macam mana manusia boleh jadi matang? kesusahan mengajar manusia. ya. itu aku setuju,kerana bila ditimpa musibah, ia mematangkan manusia lebih cepat daripada perkara perkara yang lain.



bagaimana kau mengukur keikhlasan? kejujuran? renungan seorang bayi adalah renungan yang penuh ketulusan dan keikjlasan. Walaupun pada sesetengah orang pandangan bayi langsung tidakmemberi balas kepada semua gurauan dan kata kata, tapi sebenarnya, bayi itu sudah mampu mendengar dan hanya memerlukan waktu bagi membalas segala apa yang dikatakan kepadanya.



seorang bayi yang baru dilahirkan sebenarnya berjuang untuk hidup sendiri. sebelum ini, segalanya disediakan dalam kandungan ibunya. oksigen yang mencukupi, suhu yang selesa, makanan yang mencukupi, kebisingan yang terkawal dan sebagainya. apabila bayi itu lahir di dunia, banyak perkara yang perlu bayilakukan sendiri.



bayi tidak selamanya minum susu. makanan nya akan bertukar dari susu ke bubur ke makanan pejal. begitu juga manusia, setiap individu yang berdikari, tidak akan puas dengan pekerjaan yang tidak mencabar kemampuan nya. semakin hari semakin berkembang, sama ada daripada segi kemampuan peribadi mahupun dalam kerjaya.



sebenarnya aku sendiri kurang pasti apa yang aku bebelkan disini. tapi yang pasti,apa yang aku nak sampaikan ialah, "tua pasti datang, tetapi menjadi dewasa adalah satu pilihan "



bertambahnya usia dan masa kerja adalah sesuatu yang pasti dan tidak dapat dielakkan, tetapi pertumbuhan dan perkembangan yang berterusan dalam peningkatan mutu moral, kerohanian, sosial serta kemampuan adalah pilihan kita sendiri.



dan ya,aku masih belajar kearah kedewasaan

0 comments:

 
~a little bit of everything~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates