cari makan

Sunday, March 8, 2009

slumdog milionnare is slumdog milionnare

Sunday, March 8, 2009

Bila suatu cerita itu sudah menang banyak anugerah, mula lah sibuk nak menonton. Masing masing nak cari keistimewaan cerita yang banyak menang anugerah.




Slumdog millionare mengisah tentang kehidupan insan yang amat daif. Salim. Jamal. Dan Latika (mesti ada heroin kan?) The three musketeers.



Cerita ini amat asli bagi aku, kerana it really shows the pure of human living in India. Maksud aku, dalam cerita ini, kita dapat melihat, berapa luas nya kawasan setinggan di india. Pencuri yang mencuri untuk hidup. Penipu yang menipu manusia yang sungguh naïf. Berapa ramai kanak2 yang di cacatkan untuk meminta sedekah. Taman permainan bagi kanak kanak yang penuh kedaifan ini ialah tempat pembuangan sampah. Dapat kamu bayangkan? As we all know, memang banyak sampah di India. Salim merupakan abang Jamal yang sentiasa menjaga adik daripada apa apa juga halangan. Seterusnya menjadikan dirinya seorang gangsterism yang sanggup membunuh untuk mendapatkan wang ringgit.




~teringat dengan scene dimana Salim solat terlebih dahulu memohon keampunan sebelum membunuh. Ya, mereka Islam.~



Berbeza dengan Jamal, begitu naïf. Dan mempunyai hati yang baik.



~teringat dengan scene di mana Jamal bercakap cakap dengan Latika tentang menyanyi dengan baik nya akan membuat hidup mereka lebih baik. Sedangkan sebenarnya, dia bakal di butakan untuk meminta sedekah.~



Mereka membesar dengan cara yang berbeza. Jamal yang rajin dan selalu boleh la dikatakan bertuah dalam kedaifan mereka, hidup dengan kehidupan menerima arahan orang. Membuat air, mencuci pinggan dan sebagainya. Manakala Salim, membesar dengan gangster terbesar dan menjadi seorang pembunuh. Latika yang tinggal bersama Salim dijadikan perempuan simpanan si gangster itu. Mereka hidup dalam kemewahan.




Tak sah suatu cerita itu tanpa adegan yang melibatkan percintaan. Jamal mencintai Latika, sejak kecil lagi. Itu lah yang mendorong ya untuk terlibat dalam rancangan Who Wants To Be a Millionare.



Nak tahu lebih lanjut?tengok la sendiri. Haha




Pada pendapat aku, ya cerita ini memang wajar menang banyak anugerah yang telah di menangi nya. Ia berbeza dengan cerita yang lain. Cinemetografi nya menunjukkan kehidupan sebenar dengan kawasa kawasan di India. Memang ada segelintir yang mengatakan cerita ini memperlekehkan india, tapi kalu itu kebenarannya, mengapa perlu berhipokritkan? Itu lah keistimewaan cerita ini. Original. Not Fake.



Syabas.



~teringat pulak dengan cerita arahan Yasmin Ahmad. Ya. Aku peminat Yasmin Ahmad. Ceritanya juga menunjukkan keoriginalan. Not Fake. Not hypocrite . tak sabar tunggu muallaf main di Malaysia.


http://www.youtube.com/watch?v=AIzbwV7on6Q

0 comments:

 
~a little bit of everything~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates