cari makan

Tuesday, March 3, 2009

marah + sakit hati = hukuman.

Tuesday, March 3, 2009
beberapa hari yang lepas, aku dalam 'sakit hati mode'. well, exam mid term baru jer habis, dah da insan2 yang menyakitkan hati.agaknya diorang ni xde kerja nak buat kot, so menyakitkan hati kerja part time diorang.





xx: kenapa perlu dia wat gtu? xy: sbb dia nak sktkan ati ko.. xx: aku x wat papa pun? dia yg nak.bukan aku. xy: mmg dia sengaja nak skt kan ati ko. awat bengap semacam nih?


-----





aku mula terpk, apa kesalahan aku sampai sanggup dia menyakitkan hati aku? mulalah teori dicipta kemudian di uji. tapi kesimpulannya masih belum diketahui.almaklum, hati dan perasaan org nie,lain2. as long kau berfikiran realistik plus optimis maybe kau akan menjadi lebih wise.





aku ada terfikir beberapa kesalahan aku.tapi mungkin kah aku bersalah? dan ini adalah hukuman untukku? aku teringat dengan satu cerita.




si anak yang berusia 3tahun menconteng kereta ayahnya dengan paku disiang hari apabila ditinggalkan bersama nanny nya kerana kedua org tuanya pergi bekerja. bila mak ayah nya balik, dengan rasa gembiranya si anak itu menunjukkan hasil lukisan di kereta ayahnya.




ayah nya mengamuk kerana anak nya menconteng menggunakan paku.lalu si ayah memukul tangan anak nya dengan kayu yang berjaya di capai. si ibu hanya mendiam kan diri seolah olah setuju dengan tindakan si ayah. si anak menangis kerana kesakitan.




2 3 hari selepas itu, si anak itu demam. Tangan nya membengkak. si nanny memberitahu pada si ibu, tapi si ibu hanya menjawab 'sapukan krim di tangannya, kami sibuk'



2 minggu berlalu, tangan si anak makin teruk. demam tak kebah.si ibu dan si ayah amat risau lalu segera berjumpa dengan doktor. setiba di hospital, doktor sarankan agar kedua dua tangan anak dipotong kerana sudah buruk. ini untuk mengelakkan ia merebak ke kawasan lain. si ayah dan si ibu terdiam.menangis.





setelah beberapa jam selepas pembedahan, si anak terjaga dan terkejut melihat tangannyayang berbalut.si anak menangis. menangis sekuat kuat nya.




anak : mak, ayah, adik minta maaf. adik janji adik tak kan conteng kat kereta ayah lagi.pulangkan lah tangan adik.adik minta maaf. macam mana adik nak main dengan kawan2 adik? adik minta maaf mak,minta maaf ayah.





-----







layakkah kita untuk menghukum? bukankah hidup ini seperti karma? wat u give u get back.percaya pada Tuhan.itu yang aku percaya.





aku tak tahu apa kesalahanku pada 2 insan itu, tapi hati aku masih sakit. sekurang kurangnya, show some manner to me. korang tu orang melayu. xda budi bahasa ke?!! apa yang aku lakukan? aku cuma ambik langkah bersabar. 4give and forget. memang ada kawan2 aku kata, bodohlah nak bersabar. mesti balas balik. ya. aku balas balik. tapi dengan cara aku.








buat masa ini. aku memang tidak dapat lihat muka 2 insan ini.




maaf.




ya Tuhanku, tolonglah hamba-Mu ini.

0 comments:

 
~a little bit of everything~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates