cari makan

Tuesday, August 18, 2009

ramadhan dah dekat

Tuesday, August 18, 2009
Tatkala aku masih berangan mahu menyiapkan segala tugas tugas yang di beri oleh pensyarahku,
tatkala aku masih bersenang lenang dengan masa yang lapang,
tatkala aku masih membaca’ Bangkit Semula Sesudah Mati’, nescaya, masih kurang imlu di dada ku.



Banyak yang tidak ku ketahui menegenai mati, roh, jasad dan sebagainya.



Tahukah kamu bahawasanya manusia terdiri daripada dua unsur. Iaitu jasad dan roh. Dari kedua unsure tersebut, siapakah yang akan menjawab pertanyaan kubur dari malaikat Munkar dan Nakir, adakah jasad atau roh?



Jasad atau badan manusia terdiri daripada darah, daging,kulit dan tulang. Tulang di selaputi oleh daging dan di dalam daging mengalirnya darah, sedang itu juga, daging di bungkus dengan kulit. Oleh itu, jika sesorang itu maut kerana terbakar atau di makan oleh ikan, jasad nya akan tetap pulang ke tanah.




Bagaimana dan seperti apa seksaan kubur, tidak seorang pun tahu, hanya Allah yang tahu.




Apabila sesorang itu telah meninggalkan dunia, ia akan di datangi oleh munkar dan nakir untuk di soal. Sepeninggalan Munkar dan Nakir, lalu di datangi seseorang yang mengenakan pakaian serba indah yang dating menemani si mati dan itu lah amal si mati itu. Ini bermaksud, sepanjang kehidupan si mati, dia banyak berbuat amal jariah, hidupnya beriman dan bertaqwa. Kubur si mati juga akan merasa sangat lapang. Ia akan hidup begitu sampai kiamat tiba.





Tetapi, sekiranya setelah di soal oleh munkar dan nakir lalu didatangi oleh sesorang yang busuk serta susuk yang menjijikan,tubuhnya yang penuh nanah ditambah bau hanyir yang memuakkan. Nescaya itu lah amal keji yang semasa hidup si mati banyakmelakukan maksiat, perkara terkutu, dosa dosa dan sebagainya. Kuburnya akan terasa dalam alam yang lain, asing, sunyi dan menakutkan.




Puasa dah dekat. Sama sama lah kita meningkatkan amal jariah kita di muka bumi Allah SWT ini.




Salam Ramadhan~~~

0 comments:

 
~a little bit of everything~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates