cari makan

Wednesday, June 17, 2009

hari ini 18 jun

Wednesday, June 17, 2009
hari ini 18 jun 2009. aku berada di tempat praktikal aku sebagai seorang pelajar praktikal yang mencukupkan syarat syarat untuk bergraduat.





-------------------------------------------------------------------------------------------------

tahun lepas, 2008.



18 jun 2008 merupakan salah satu tarikh yang akan di ingati dalam kamus hidup diriku ini. Di mulakan dengan pagi yang indah lagi sejuk seperti pagi hari-hari yang biasa, aku mengikuti kakakku ke pejabat dia di Alor Star, kemudian aku akan memandu keretanya untuk di bawa pulang ke rumah agar senang aku untuk berulang alik di tengah hari untuk makan bersama kakakku. Gaya aku memandu pada hari tersebut cukup memberangsangkan malah cara ku meletak kereta juga turut memberangsangkan. Satu pujian buat diriku.





Tapi pada sebelah petangnya pula, berlaku litar pintas menyebabkan ketiadaan elektrik dalam lingkungan pukul 3.30 petang. Otakku yang sentiasa sarat dengan soalan dan idea, kali ini mencadangkan untuk ke KFC yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat hot spot. Boleh juga diriku meluangkan masa untuk bermain internet daripada dudukberpeluh di rumah. Aku memandu kereta perodua kelissa kakakku seperti biasa, malang tidak berbau….. sewaktu di bulatan, kereta ku dilanggar oleh seseorang yang tak dikenali. Aku terkesima. Perkara pertama terlintas di fikiranku setelah dilanggar itu ialah..duit! Bagaimana aku nak memperoleh wang ringgit untuk membaiki kereta itu? Berapakah kosnya? Itu lah perkara pertama terlintas di fikiranku bukannya terukkah perlanggaran itu?






Dalam keadaan panik, aku terus menghubungi kakakku..otakku seperti biasa akan memikirkan semua perkara sehingga intonasi bagaimanakah aku seharusnya menerangkan kepada kakakku turut di fikirkan.




Salahkah ku? Aku kah yang bersalah? Adakah aku memandu terlalu laju? Tapi, tika itu aku menukar gear 1 ke gear 2, tidak mungkin aku selaju itu yang boleh menyebabkan perlanggaran. Bagaimana kemalangan ini berlaku? Adegan pahit itu masih tersemat di kotak pemikiran ini, sewaktu aku hendak keluar simpang menuju bulatan untuk memilih simpang yang seterusnya, jalan tika itu kira selamat untuk keluar dari simpang…tetapi, tanpaku sedari ada kereta yang bewarna kelabu datang dari arah belakang terus memotong di sebelah kanan dan pecut masuk simpang dimana keretaku di hadapan. Berlakulah pergesaran dan perlanggaran itu. I hate that car! Setelah dilanggar aku berhenti ditepi jalan berharap orang yang melanggar datang kembali…tapi rupanya tidak.. harapan tinggal harapan…musykil juga dengan tindakan orang yang melanggar tadi, tapi inilah dikatakan.. hit and run.





Setelah mendapat arahan daripada kakakku untuk terus bergegas ke pejabatnya yang tidak jauh dari bulatan itu, aku terus masuk gear 1 dan bergerak menuju ke pejabatnya. Setibanya disana.. kedatanganku yang amat dinantikan oleh kakakku telah menjadi tumpuan ramai orang-orang yang berada di sekitarnya. Keluhan ialah perkara pertama yang aku dengar keluar dari mulut kakakku. Dia marah. Dia sedih. Dia kecewa. Aku faham.




Kakakku meminta pertolongan encik-encik di sekitar itu yang merupakan rakan sekerjanya untuk membawa kereta itu ke bengkel untuk menanyakan kos baiki dan tempoh masa yang di perlukan. 1 hari dan kosnya dalam linkungan RM500. Wang..aku perlukan kau! Kakakku menegeluarkan wang simpanannya untuk membiayai kos baiki di bengkel nanti. Aku bersalah. Walaupun bukan salahku, namun aku rasa bersalah. Aku memang bersalah. Dia memberi kepercayaannya kepadaku untuk membawa keretanya lebih daripada ayahku memberi kepercayaan ke atas diriku. Wahai si polah, mengapa kau melanggar aku???? Aku yang dipersalahkan! Semua kepercayaannya pasti musnah! Aku sedih. Sedih. Sedih…..


rupanya macam tak teruk..tapi duit melayang jugak...

huhu )=




Aku benci si polan yang melanggar itu, kerana dia..kepercayaan yang ku perolehi terus hilang.Lesap. Semua peluang yang ku telah bersusah payah untuk membawa kereta ayahku ke kampus dalm menyelesaikan masalah kolejku terus hilang sama sekali. Mulut mereka mengatakan “learn from mistaken” tapi..hatinya remuk menegeluarkan duit. Aku selamat. Tidak cedera langsung, fizikal. Emosi, aku cedera teruk. Tapi, siapalah aku? Aku tak layak bersuara pun…. Semua salahkan aku..mungkin kerana aku masih dalam tempoh lesen percubaan (P).





Perkaraa sudah terjadi, now I have to face it. Responses. Consequences. To my lovely sis, thank you very much coz understand my condition… I promise you, I pay you back all the money that you paid to your car.eh, half lah huhu I promose you. Give me time to find the money. I pay you back. To si polan yang melanggar.. I hope you not rushing again like just now like what u did to me coz what u did really make me suffer in emotionally..Thank you also.








-------------------------------------------------------------------------------------------------




aku dah bayar balik duit itu.i learnt from it. i do.

1 comments:

mierah

hit and run are sucks!

i'm sorry 4 u...

hope u can gain back ur trust and don worry, i still trust u.. hee...:)

 
~a little bit of everything~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates