di sini, aku ada sesuatu yang hendak di kongsi bersama..
Barangsiapa suka duduk dengan 8 jenis macam manusia ini akan di tambah Allah baginya 8 corak hidup iaitu :
1. Barang siapa suka duduk dengan orang kaya, akan ditambah Allah kecintaanya pada dunia dan keinginan kepadanya.
2. Barang siapa suka duduk dengan orang miskin, akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang di tentukan Allah.
3. Barangsiapa suka duduk dengan golongan Sultan yakni para pemerintah negara akan di tambah Allah kasarnya dan sombongnya.
4. Barangsiapa duduk dengan perempuan atau lelaki bukan muhrim, akan ditambah Allah bodohnya dan nafsu syahwatnya.
5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak kanak akan ditambah kesukaan nya bermain main dan bergurau.
6. Barangsiapa suka duduk dengan dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya membuat dosa dan melambatkan taubat.
7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang yang soleh solehah akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
8.Barang siapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmunya dan warak nya.
renung renungkan, dan selamat beramal.....
2 comments:
wah...kata-kata falsafah yg mendalam
renung2 kan dan selamat beramal...
Post a Comment