cari makan

Tuesday, February 10, 2009

cukup sempurnakah kau?

Tuesday, February 10, 2009
Korang pernah rasa, x perfect x? of course la, semua orang kata, manusia itu tak sempurna. Tapi, apa maksud sebenar nya sempurna itu? Aku selalu rasa amatlah tak sempurna bila berada disamping sesorang ini. Aku yang terlampau rendah diri atau memang aku ada kesalahan yang tak dapat dia terima? Apakah dia?



Aku selalu berfikir dimana kesalahan aku bila manusia lain berkata,’ala,manusia manada yang perfect’. Itu bermaksud,ada jer kesalahan yang dilakukan oleh manusia. Tapi bagaimana nak mengukur sempurna?



Berdasarkan apa sesorang itu dikatakan sempurna? Adakah kerana dia cantik, pandai dalam pelajaran, cemerlang dengan kerjayanya, memiliki keluarga yang penyanyang serta suami dan anak anak yang sentiasa menyokong nya?




Bagaimanapula dengan ukuran tidak sempurna? Cacat tubuh badan,miskin,hodoh, tak pandai, tak kaya, memiliki keluarga yang porak peranda.



Sebenarnya, siapa yang meletakkan aras penanda pada ukuran sempurna atau tidak. Manusia? Sedangkan manusia juga lah yang menyatakan tiada manusia yang sempurna. Tapi mengapa kita selalu membandingkan diri kita dengan orang lain? Mencari siapa lebih hebat. Siapa yang lebih berkuasa. Siapa lebih cantik. Perlukah semua itu?




Apa yang terjadi jika hari ini kau buat perbandingan, tetapi esok nya tiada jawapan yang kau peroleh?




Apa yang boleh kau lakukan untuk mendapatkan jawapan? Kawan aku kata, bersabar, when the time is come, u will know the answer. Tapi, bagi aku, kalau kita tiada usaha atau initiative sendiri untuk mencari jawapan, kita tak kan dapat jawapan. Tapi bagaimana? Ada juga kawanku memberi cadangan untuk mencari kelebihan orang yang kita bandingkan itu supaya kita tahu di mana kelemahan serta kekurangan kita. Samada untuk dijadikan teladan yang menjadi suatu kelebihan pada orang kita bandingkan itu. tuterpulanglah.




Aku tahu aku tidak sempurna bila nak dibandingkan dengan criteria yang sebutkan tadi, dan aku bersedia menerima kritikan untuk improve kan diri. Lagipun, orang kata, tanpa kritikan dalam hidup seolah olah kita tak ambil mana mana tindakanpun dalamhidup. Kesian. Macam boring sangat hidup aku.



p/s: aku makan sambil menaip nak wat entry ini, sedangkan assignment aku masih banyak yang belum siap.haish.

0 comments:

 
~a little bit of everything~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates