cari makan

Thursday, May 13, 2010

Rumah si Tukang Kayu

Thursday, May 13, 2010

Saya ada satu cerita yang mahu dikongsi bersama.. tajuk nya ialah Rumah Tukang Kayu.


Seorang tukang kayu yang bekeja di sebuah syarikat pembinaan perumahan berhasrat mahu bersara lebih awal daripada pekerjaan nya. Dia sudah letih bekerja dan mahu berehat dan menikmati usia tuanya bersama isteri dan anaknya.


Manakala, pemilik syarikat pula berasa sedih kerana kehilangan salah seorang pekerja terbaiknya. Dia meminta tukang kayu itu membuatkan sebuah rumah untuk dirinya, sebagai karya terakhir ysng boleh di berikan kepada syarikat.


Tukang kayu bersetuju dengan permintaan bos nya namun hati kecilnya menolak dan hanya setuju kerana terpaksa. Fikirnya, bos nya tidak mahu rugi dan mahu menggunakan khidmatnya hingga saat akhir.


Hatinya tidak menumpu sepenuh perhatian pada tugasnya itu. Dengan bahan sekadarnya dan hati yang tidak bersungguh sungguh, akhirnya rumah tersebut siap juga dengan prestasi yang tidak maksima.


Ketika pemilik syarikat datang melihat rumah yang baru terbina itu, tukang kayu pun menyerahkan kunci rumah itu kepadanya. Pemilik syarikat itu mengucapkan terima kasih atas kerja terakhirnya itu lalu menyerahkan kembali kunci itu pada tukang kayu. “ Ambillah, gunakanlah rumah ini untuk hari tua mun dan anggaplah rumah ini sebagai ungkapan terima kasih syarikat atas dedikasi dan kesetiaan kamu terhadap syarikat ini.”


Betapa terkejutnya si tukang kayu. Dia berasa malu dan menyesal ketika menerima kunci rumah yang dibuatnya itu. Jika dia tahu rumah itu adalah untuknya, pasti dia akan membinanya dengan sungguh sungguh.


Itulah kehidupan kita yang penuh dengan misteri. Masa yang merupakan asset terbesar kita kadang kadang menjadi sia sia sekiranya di akhiri dengan penyesalan. Sebenarnya, sikap terhadap kehidupanlah yang membuat hidup terasa bosan, pahit dan sebagainya sedangkan kehidupan itu berjalan bersesuaian dengan ritma alam yang telah ditentukan. Sikap ini pula yang membuat sesorang itu menjalani kehidupan dengan sepenuh hati atau separuh sahaja.


Apa yang difikirkan biasanya akan mempengaruhi bagaimana sikap kita terhadap apa yang kita fikirkan itu. Seterusnya akan mempengaruhi pekerjaan dan usaha kita.


Selalunya, ramai orang merasai sukar mengisi kehidupannya kerana terikat dengan peristiwa yang lepas. Padahal, kenangan masa lampau yang sedemikian indah, jika tidak dikawal kan menyebabkan keselesaan hati yang berlebihan dan membuatkan seseorang itu sukar berubah.berada dalam safety zone nya. Begitu juga dengan trauma masa silam yang nyata boleh membuat sesorang enggan memulakan kehidupan yang baru dalam kehidupannya.


‘Masa lalu adalah persoalan yang sudah mati dan kita tidak mungkin meraih momentum untuk menuju hari esok kalau kita menyeret masa lalu di belakang kita (Jack Hayford)


Sesungguhnya kita tidak tahu apa akibatnya daripada tindakan kita yang kita lakukan ketika ini, kita hanya dapat meneka dan mengagak. Tetapi yang pasti adalah hari ini merupakan sebahagian waktu yang kita hadapi selangkah demi selangkah dan di situlah harta dan makna kehidupan yang kita lakukan.


Charles John pernah mengatakan perbezaan antara siapa anda hari ini dengan anda lima tahun yang akan datang boleh dilihat dari segi buku buku yang anda baca dan dengan siapa anda bersama dan dengan siapa anda mengahbiskan masa bersama.

Itulah sebabnya apa pun yang dilakukan saat ini sama ada tugas atau tanggungjawab yang diberikan, kita perlu laksanakan dengan sebaik baik nya kerana apa yang disemai, itulah dituai.



p/s: my first interview is this monday.all the best shie!

 
~a little bit of everything~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates