cari makan

Saturday, January 9, 2010

bukan salah agama, tapi..

Saturday, January 9, 2010
ada kau dengar kisah gereja di bom?


kenapa jadi begini wahai golongan pemikir? sememangnya membantah dengan perbuatan itu lebih baik daripada tidak berbuat apa apa.tapi kau yang berbuat demikian dah membuktikan apa yang selama ini kita nafikan.pengganas.yup. 1 dunia tahu. bukan 1 malaysia sahaja.


kenapa perlu mengikut perasaan? mengikut hawa nafsu? bukankah sabar itu separuh daripada iman. bukankah negara kita ada undang undang sebagai garis panduan. apa kau pikir, mereka yang bekerja menjadi hakim atau apa saja jawatan mereka itu tiada ilmu di dada? tiada perikemanusiaan?


sabar. bila kau tidak puas hati.cakap kan saja. tak perlu kamu bermain dengan bom.



sesungguhnya, kelakuan ini adalah salah. kecoh dengan pengeboman gereja di Malaysia. suka lah kamu? dah kecoh dah sekarang. dan sekarang, kes pintu surau di baling batu. pe cer?



mana kehormatan kamu antara satu sama lain? mana kedamaian yang sering diperkatakan? di luar sana, masih ada insan yang tak lena tidur dek kerana sedang berperang.itu yang kau mahu? sekarang, kerana golongan pemikir yang tak berapa nak berpikir, lihat apa yang kau orang telah mulakan.



siapa yang akan memperbetulkannya sekarang wahai pemikir?



'Don't blame the religion, blame the believers that didn't understand the religion as a whole and do whatever they THINK it is right...'

0 comments:

 
~a little bit of everything~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates