cari makan

Friday, September 4, 2009

antara lobak, telur atau kopi?

Friday, September 4, 2009
Sebenarnya, 2 3 hari ni, aku lebih banyak mengunci mulut dan bermonolog sendirian. Aku sibuk dengan mid term sepanjang minggu ini. Entah kenapa kata kata dari seseorang selalu di fikiran ku.



Aku berfikir. Dan berfikir. Sampai hari ini.




Aku mengaku, aku berubah, dan ada sebab kenapa aku berubah. Mengapa kau tak senang dengan perubahan aku? Dan sekarang aku keliru…



Cuba sediakan 3 periuk bersertakan air di dalam nya untuk di didihkan. Dalam periuk pertama masukkan lobak merah, periuk kedua masukkan sebiji telur dan periuk ketiga masukkan biji kopi. Panaskan selama 15 minit. Setelah itu, keluarkan 3 bahan bahan tadi dari periuk dan lihat apa yang terjadi.



Lobak merah yang sebelum ini keras menjadi lembut setelah di panaskan. Telur yang lembut menjadi keras. Manakala, kopi masih tetap menjadi kopi Cuma setelah di panaskan ia member haruman dan warna pada air di dalam periuk tersebut.




Apa yang aku nak gambarkan disini ialah periuk dan air yang dipanaskan itu merupakan masalah yang kita hadapi, dan tiga bahan tadi ialah keadaan mental selepas menghadapi masalah.







Lobak merah melambangkan seseorang yang pada mulanya tegas dan teguh pendirian. Dalam kehidupannya, dia sentiasa bersikapjujur dan sanggupbekerja keras bagi mencapai sesuatu. Tetapi setelah menghadapi masalah, tekanak persekitaran atau masalah keluarga, keadaan mentalnya menjadi lemah sehingga dia tidak berani membuat keputusan sehinggap prinsip hidupnya juga berubah.







Telur pula melambangkan seseorang yang berpendirian lemah lembut. Memahami perasaan orang lain dan sanggup berkorban demi kepentingan manusia lain. Tetapi, setelah di duga dengan masalah besar yan bertubi tubi menjadikannya mudah tersinggung, keras kepala dan egois.






Manakala, kopi pula melambangkan kewujudan diri yang tidak berubah sekalipun beban dan masalah menghimpit dan memberi tekanan serta impak yang besar. Namun begitu, dia tidak mengeluh dengan masalah dan beban yang dihadapinya. Tidak keluar dari mulutnya sebarang keluhan atau kata kata negative. Dia tetap bersifat optimistic.
Dan aku sedar, aku umpama sebiji telur.. dan berusaha menjadi biji biji kopi dalam menangani masalah..
----------
Dia : awak dah berubah.
Saya : apa yang berubah?
Dia : cara awak berjalan.
Saya : kengkang ke?
Dia : tak.tapi berlagak.sombong.

0 comments:

 
~a little bit of everything~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates