cari makan

Showing posts with label opinion. Show all posts
Showing posts with label opinion. Show all posts

Saturday, July 3, 2010

Poligami banyak menganiaya anak-anak

Saturday, July 3, 2010 1


MINGGU ini dipaparkan pandangan daripada seorang wanita yang tinggal di luar negara. Dia meminati ruangan ini sejak berusia belasan tahun. Walaupun kini telah berumah tangga dan beranak-pinak serta tinggal jauh di luar negara, dia tetap mengikuti ruangan ini melalui Internet tetapi setiap kali membaca kisah yang memaparkan tentang kehidupan wanita yang dianiaya suami, beliau mula susah hati.

‘‘Saya mempunyai dua orang anak, kami suami isteri adalah orang profesional dan telah menetap di negara Barat ini sejak lebih 12 tahun lalu. Saya amat tertarik dengan kisah yang dipaparkan beberapa minggu lalu mengenai poligami, terutama dengan tulisan seorang gadis bernama Farra Emelia.

‘‘Pada pandangan saya kebanyakan orang Melayu Islam khususnya di Malaysia tidak memahami konsep poligami dalam Islam sebenarnya selain daripada apa yang diuar-

uarkan oleh ustaz-ustaz dalam ceramah agama mereka khususnya mengenai isu ini.

‘‘Berada di luar negara dan bekerja dikelilingi oleh kesemua orang beragama Kristian atau ateis, saya sering ditanya mengenai Islam, terutama mereka yang faham bahawa Islam hanyalah agama yang menindas kaum wanita, menegakkan keganasan (terrorist) kejam dan sebagainya, melalui media yang mereka baca dan TV yang mereka tonton dan dengar.

‘‘Memang saya bukanlah alim tetapi bila ditanya tentang agama Islam yang kita cintai dan tanggapan negatif mereka menyebabkan saya membaca banyak buku untuk dijadikan rujukan.

‘‘Mereka tidak mahu mendengar hujah kita tanpa sebarang benda yang boleh dijadikan rujukan. Jadi saya terpaksa membaca untuk mendapatkan rujukan dari cendekiawan Islam terkenal seluruh dunia, melalui majalah, tafsiran dan sebagainya.

‘‘Di sini tak cukup kalau kita kata, Islam membenarkan lelaki berpoligami tanpa diikuti hujah-hujah cerdik pandai Islam untuk meyakinkan mereka dan mempertahankan agama Islam yang saya anuti. Masalah ini menjadi mudah sedikit kerana saya juga penyelidik (mempunyai ijazah doktor falsafah) untuk mencari maklumat membuat rujukan mengenai satu-satu isu yang mereka tanya. Dan saya akan terangkan kepada mereka sehinggalah mereka puas hati.

‘‘Dalam zaman serba canggih, ilmu di hujung jari, Internet banyak membantu saya mencari ilmu pengetahuan yang berguna. Nak cuba, taipkan polygamy in Islam atau wife obedience in Islam di mesin pencari Google tentu anda akan dapat jawapannya.

‘‘Di sini juga terdapat banyak pandangan cendekiawan Islam dari merata dunia. Saya akui jarang dan tidak berminat menghadiri ceramah agama semasa di Malaysia. Bagi saya tafsiran ustaz atau penceramah agama kita amat berat sebelah.

‘‘Kebanyakan mereka tidak seiring dengan pandangan para cendekiawan dan cerdik pandai, ulama Islam di seluruh dunia kerana mereka bergantung kepada pemahaman mereka dan apa yang telah diterima oleh budaya kita.

‘‘Pada pendapat saya, masyarakat kita terlalu casual mengenai poligami. Kenapa perbincangan masyarakat kita selalu diarah kepada isu poligami, isu isteri dengan poligami tetapi tidak kepada cara-cara suami mengukuhkan rumah tangga yang ada?

‘‘Pelbagai masalah sosial dan rumah tangga yang kita alami sekarang adalah kerana lelaki dan para suami tidak memperlengkapkan diri dengan ilmu agama yang wajib – tidak ada rasa tanggungjawab untuk “mengekal dan mengukuhkan” keluarga, tidak bangga untuk memastikan kejayaan sendiri seiringan kejayaan keluarga.

‘‘Bila umur mencecah 40-an ataupun umur perkahwinan masuk tujuh tahun ke atas, konsentrasi suami lebih untuk diri sendiri, selalunya bagaimana untuk menyalurkan hawa nafsu yang tidak dapat dikekang bila melihat anak dara atau perempuan muda melintas di depan mata?

‘‘Adakah dengan membenar dan menggalakkan suami berkahwin lebih dari satu kerana tidak dapat mengekang hawa nafsu, menjadi penyelesaiannya? Kenapa tidak memikirkan menambah ilmu agama di dada, supaya Allah mengukuhkan iman, menjaga mata dan hawa nafsu, supaya tidak tergoda dengan cubaan dunia? Adakah kerana kaum lelaki tidak dapat menahan hawa nafsu, maka keluarga dan anak-anak berpecah belah?

‘‘Islam adalah agama yang menggalakkan monogami dan bukan menggalakkan poligami. Poligami dibenarkan tetapi tidak digalakkan. Sebab utama adalah kerana pada zaman Rasullulah s.a.w. terdapat ramai balu tentera Islam dan juga ramai anak yatim yang kehilangan suami tempat bergantung disebabkan perang, bukan kerana suami tidak dapat menahan hawa nafsu.

‘‘Walaupun poligami dibenarkan, tetapi dikenakan syarat yang ketat, sesiapa yang ingin berpoligami perlu halusi situasi diri dan keluarga sebelum melaksanakannya.

‘‘Sebagai contoh Rasulullah hanya ada seorang isteri iaitu Siti Khadijah hinggalah Siti Khadijah meninggal dunia. Siti Khadijah dan anak-anak dapat perhatian sepenuhnya daripada Rasullulah.

‘‘Di akhir 13 tahun hayat Rasullulah, baginda mengahwini balu rakan-rakannya yang meninggalkan banyak anak. Dan menurut surah an Nisaa’ (ayat 3), menyediakan atau memberi ayah atau father figure kepada anak yatim adalah satu-satu sebab yang khusus dalam al-Quran mengapa Islam benarkan poligami

‘‘Contoh yang ditunjukkan Rasullulah memberitahu kita bahawa seorang lelaki dan suami mesti memberikan sepenuh perhatian dan kesetiaan terhadap perkahwinan mereka dan kepada isteri dan anak anak, supaya dapat membina keluarga bahagia. Jika lelaki guna alasan ikut sunah Nabi, kenapa contoh ini tidak diikuti?

‘‘Dalam Islam, jelas dinyatakan syarat poligami dibenarkan berdasarkan kepada surah al-Nisa’ ayat 3: Dan jika kamu tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (apabila kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. Dan lagi, Firman Allah s.w.t.: Kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil terhadap isteri-isteri kamu, sekalipun kamu berusaha untuk berlaku adil. (an-Nisa: 129)

‘‘Berdasarkan firman ini jika lelaki merasakan tidak boleh berlaku adil, dan sememangnya Allah telah berfirman lelaki tidak akan berlaku adil, maka diharuskan berkahwin satu sahaja kerana ketidakadilan di dalam rumah tangga adalah berdosa di sisi Allah.

‘‘Jadi, jika suami tidak dapat memastikan mereka berlaku adil terhadap isteri dan bakal isteri adalah lebih baik mengekang hawa nafsu dan menjauhkan diri dari poligami. Suami sepatutnya memberikan penuh perhatian kepada satu keluarga dan satu isteri. Psikologi dan kebajikan anakanak adalah lebih utama.

‘‘Melalui pembacaan saya, ada beberapa perkara asas kalau mahu poligami. Pertama, poligami bukan penyebab kepahitan atau kesengsaraan kepada yang terbabit; jika lelaki ingin berpoligami itu ada anak, maka poligami itu hampir pasti akan berlaku satu penderaan; poligami kerana ingin mengahwini perempuan yang lebih muda atau hawa nafsu adalah melanggar ketentuan Allah.

‘‘Satu lagi saya perhatikan, masyarakat kita punya sikap “perkahwinan adalah penyelesaian segala masalah”. Perempuan belum berkahwin pula rela menjadi isteri nombor dua tanpa memikirkan akibatnya, semata-mata kerana ingin ada suami tempat bergantung? Mereka juga terlalu naif tentang kehidupan berumah tangga sambil mengharapkan suami akan berlaku adil.

‘‘Hanya kerana kebenaran isteri pertama, bukan tiket untuk bahagia pada masa hadapan. Bagi saya, orang belum berkahwin mempunyai satu masalah tapi orang berkahwin mempunyai banyak lagi set masalah. Sebab itu kita banyak mendengar kisah yang tidak elok bagi yang berpoligami – suami tidak adil, buat hal itu dan ini.

‘‘Orang lelaki, sebelum berkahwin janjinya setinggi gunung, tetapi bila sudah dapat apa yang dihajati, segala janji dilupakan. Mereka hanya mahukan apa yang mudah untuk mereka. Segala ketidakadilan mereka pun jarang mendapat pembalasan dari Allah di dunia, semuanya akan dibalas di akhirat. Jadi suami tidak perlu takut jika tidak berlaku adil?

‘‘Pada saya pandangan mereka yang mendakwa isteri pertama kedekut kerana tak izin suami berpoligami adalah pandangan cetek dan berkepentingan. Saya percaya, apa yang isteri takutkan bukan pasal berkongsi suami, tetapi memikirkan nasib dan masa depan anak-anak yang terpaksa berkongsi kasih.

‘‘Semasa di Malaysia dulu saya tanya kepada rakan sepejabat bilakah dia nak kahwin dengan kekasihnya yang sudah empat tahun bercinta. Katanya, dia ingin “test the water” dan dia ada kekasih kerana ego dicabar oleh rakan-rakan. Katanya, nak kahwin tak mampu dan kedua dia tak sanggup berpisah dengan anak-anaknya. Si wanita itu tahu. Tetapi dia teruskan hubungan kerana cinta. Siapa yang bodoh dan rugi dalam hal ini?

‘‘Ada yang salahkan isteri pertama biarkan suami berzina. Kenapa tidak salahkan suami yang berzina? Tak izin suami kahwin tak bermaksud suami ada lesen buat dosa? Mana tanggungjawab suami terhadap agama dan keluarga? Berzina tetap jadi dosa orang berzina. Isteri tak pikul dosa suami. Suami tidak seharusnya ada kekasih.

‘‘Pemahaman yang cetek mengenai ketaatan isteri terhadap suami dalam Islam juga penyebab kenapa poligami kita banyak masalah. Tidak ada ayat al-Quran atau hadis mengatakan isteri yang benarkan suami berkahwin lagi akan dapat payung emas di syurga. Ini peribahasa yang dicipta oleh masyarakat Melayu untuk lembutkan hati isteri. Sama seperti tidak ada dalam al-Quran dan hadis yang mengatakan syurga terletak di bawah tapak kaki suami. Syurga hanya milik Allah dan amal ibadah yang di lakukan untuk mendapat keredaan Allah.

‘‘Saya tidak kata isteri perlu derhaka kepada suami. Tetapi ketaataan yang membabi buta dan tidak mengikut pemahaman Islam sebenarnya penyebab kenapa ramai wanita atau isteri berasa ditindas dan suami melayan isteri secara sambil lewa.

‘‘Ketaatan isteri terhadap suami adalah penting, tetapi terlalu banyak silap tafsiran mengenai kuasa lelaki atau suami terhadap isteri dalam Islam kerana kebanyakannya dipengaruhi oleh budaya setempat, tidak tersebut dan diperkatakan dalam al-Quran.

‘‘Sebagai isteri dan orang Islam, kita perlu banyak membaca supaya tidak dianiayai kerana di dalam Islam semuanya lengkap. Sebab itu Rasullulah pernah mengatakan, “Tuntutlah ilmu sehingga sampai ke negara China.” Bukan secara literal kita perlu ke China tetapi bermaksud kita perlu dalami ilmu sedalam mungkin. Buat rujukan jika kita tidak berpuas hati atau tidak pasti dengan sesuatu perkara.

‘‘Saya bukan antipoligami, saya cuma anti- pemahaman atau hujah salah dan dipesongkan oleh mereka yang menggunakan ilmu pengetahuan yang cetek.

Ulama kita juga terlalu ambil mudah isu poligami. Kenapa tidak galakkan suami kukuhkan iman, kuatkan mental supaya menjadi suami yang baik?

‘‘Saya simpati dengan gadis yang belum kahwin, nasihat saya gunakan masa buatlah kerja kebajikan atau pelihara anak angkat, berkahwin bukan penyelesaian masalah anda,’’ demikian cerita Suhana panjang lebar mengikut kajiannya tentang poligami.

Maka kita semua pun perlu buat kajian, jangan main sembrono. Malangnya orang kita malas membaca kecuali mereka hanya suka benda-benda negatif yang menghancurkan tetapi benda yang betul mereka tidak suka nak dengar.

- MAIMUNAH

www.dcckmona.com

dcckmonaum@hotmail.com

Saturday, January 9, 2010

bukan salah agama, tapi..

Saturday, January 9, 2010 0
ada kau dengar kisah gereja di bom?


kenapa jadi begini wahai golongan pemikir? sememangnya membantah dengan perbuatan itu lebih baik daripada tidak berbuat apa apa.tapi kau yang berbuat demikian dah membuktikan apa yang selama ini kita nafikan.pengganas.yup. 1 dunia tahu. bukan 1 malaysia sahaja.


kenapa perlu mengikut perasaan? mengikut hawa nafsu? bukankah sabar itu separuh daripada iman. bukankah negara kita ada undang undang sebagai garis panduan. apa kau pikir, mereka yang bekerja menjadi hakim atau apa saja jawatan mereka itu tiada ilmu di dada? tiada perikemanusiaan?


sabar. bila kau tidak puas hati.cakap kan saja. tak perlu kamu bermain dengan bom.



sesungguhnya, kelakuan ini adalah salah. kecoh dengan pengeboman gereja di Malaysia. suka lah kamu? dah kecoh dah sekarang. dan sekarang, kes pintu surau di baling batu. pe cer?



mana kehormatan kamu antara satu sama lain? mana kedamaian yang sering diperkatakan? di luar sana, masih ada insan yang tak lena tidur dek kerana sedang berperang.itu yang kau mahu? sekarang, kerana golongan pemikir yang tak berapa nak berpikir, lihat apa yang kau orang telah mulakan.



siapa yang akan memperbetulkannya sekarang wahai pemikir?



'Don't blame the religion, blame the believers that didn't understand the religion as a whole and do whatever they THINK it is right...'

Tuesday, December 8, 2009

apa yang membezakan kita?

Tuesday, December 8, 2009 0

Kita.kamu.sama tapi tak serupa.

Apa yang serupa? Apa yang tak sama?

Spesies? Homo sapiens.

Warna kulit? Putih, gelap, kuning langsat, sawo matang

Rambut? Lurus, ikal mayang, teknik rebonding

Jenis darah? Darah A, O,B, AB

Jadi, apa yang membezakan kita?

Sehingga kita saling memerlukan?

Saling bergaduh?

Saling berebut?

Saling sayang menyanyangi?

Cara kau berfikir. Ya. Itu tak sama. Cara kau pandang sesuatu itu. Ya itu yang membezakan kita. Dugaan datang tanpa henti dan datang dalam bentuk yang berbeza dengan tujuan yang sama tetapi dalam percaturan masa yang berbeza. Ada yang lambat, ada yang cepat. Matang nya engkau di lihat dari segi keputusan yang di buat. Respons yang di beri. Oleh itu, cara kau berfikir sama ada kau seorang yang optimis, pesimis atau apa apa saja, itu lah yang membezakan kita.

Aku boleh lihat gelas yang berisi setengah susu itu, separa penuh, dan kau mungkin lihat separa kosong.

Apa yang mempengaruhi cara kau berfikir ialah ilmu. Ilmu tak pernah habis. Makin kau cari, makin kau telaah, makin banyak ilmu. Makin banyak yang kau tahu. Makin banyak persoalan timbul dalam benak kau. Makin banyak penyelesaian yang kau jumpa. Oleh itu, ilmu itu penting. Ilmu yang membezakan kita.

Jadi, kenapa kau kedekut dengan ilmu kau? Kenapa kau tak boleh share kah?

Kalau kau ada sebiji epal, dan memberi epal itu kepada manusia yang lain, kau akan kehilangan epal itu. Tapi sekiranya kau mengajar 1+4-9x18+2 kau memberi ilmu dan dapat pemahaman. Kan bagus.

Kenapa fikiran kau sungguh cetek. Buka lah mata. Bukalah minda. Mana golongan hebat yang di sarankan oleh kerajaan?

Tuesday, February 10, 2009

cukup sempurnakah kau?

Tuesday, February 10, 2009 0
Korang pernah rasa, x perfect x? of course la, semua orang kata, manusia itu tak sempurna. Tapi, apa maksud sebenar nya sempurna itu? Aku selalu rasa amatlah tak sempurna bila berada disamping sesorang ini. Aku yang terlampau rendah diri atau memang aku ada kesalahan yang tak dapat dia terima? Apakah dia?



Aku selalu berfikir dimana kesalahan aku bila manusia lain berkata,’ala,manusia manada yang perfect’. Itu bermaksud,ada jer kesalahan yang dilakukan oleh manusia. Tapi bagaimana nak mengukur sempurna?



Berdasarkan apa sesorang itu dikatakan sempurna? Adakah kerana dia cantik, pandai dalam pelajaran, cemerlang dengan kerjayanya, memiliki keluarga yang penyanyang serta suami dan anak anak yang sentiasa menyokong nya?




Bagaimanapula dengan ukuran tidak sempurna? Cacat tubuh badan,miskin,hodoh, tak pandai, tak kaya, memiliki keluarga yang porak peranda.



Sebenarnya, siapa yang meletakkan aras penanda pada ukuran sempurna atau tidak. Manusia? Sedangkan manusia juga lah yang menyatakan tiada manusia yang sempurna. Tapi mengapa kita selalu membandingkan diri kita dengan orang lain? Mencari siapa lebih hebat. Siapa yang lebih berkuasa. Siapa lebih cantik. Perlukah semua itu?




Apa yang terjadi jika hari ini kau buat perbandingan, tetapi esok nya tiada jawapan yang kau peroleh?




Apa yang boleh kau lakukan untuk mendapatkan jawapan? Kawan aku kata, bersabar, when the time is come, u will know the answer. Tapi, bagi aku, kalau kita tiada usaha atau initiative sendiri untuk mencari jawapan, kita tak kan dapat jawapan. Tapi bagaimana? Ada juga kawanku memberi cadangan untuk mencari kelebihan orang yang kita bandingkan itu supaya kita tahu di mana kelemahan serta kekurangan kita. Samada untuk dijadikan teladan yang menjadi suatu kelebihan pada orang kita bandingkan itu. tuterpulanglah.




Aku tahu aku tidak sempurna bila nak dibandingkan dengan criteria yang sebutkan tadi, dan aku bersedia menerima kritikan untuk improve kan diri. Lagipun, orang kata, tanpa kritikan dalam hidup seolah olah kita tak ambil mana mana tindakanpun dalamhidup. Kesian. Macam boring sangat hidup aku.



p/s: aku makan sambil menaip nak wat entry ini, sedangkan assignment aku masih banyak yang belum siap.haish.

Friday, December 26, 2008

media prima vs astro

Friday, December 26, 2008 0
Tahniah buat Mawi dan Ekin yang telah selamat di ijabkabulkan. Moga kalian hidup berbahagia ke anak cucu.amin. Apa mimpi aku menulis tentang mawi dan ekin? sebenarnya yang menjadi perhatian anku tentang wedding of the year ini ialah pergaduhan serta perebutan anta media prima dan astro. Itu memang menarik perhatian aku. Bayangkan lah, industri media kita yang tak seberapa besar ini sudah kecoh berebut hak eksklusif ini hanya lah strategi business untuk menaikkan rating tv.



kalau satu ketika dulu, media prima menayangkan majlis perkahwinan Dato k dan Dato Siti, kali ini, astro dengan raja sms Mawi dan ekin.


tahniah mawi dan ekin

Manusia dengan pelbagai ragam nya. ya. Itu pasti. Di mana-mana pasti ada persaingan. Aku tak menyiatkan persaingan itu xbagus. Malah sebenarnya, persaingan itu amat bagus kerana dengan ada nya pesaing, kita akan berusaha sungguh sungguh untuk mendapat kemenangan. Rasanya manusia memang begitu.
Walaupun sebegitu, jangan lah biar wujud mangsa dalam persaingan.
tak baik...

Tuesday, November 25, 2008

hate betrayal!

Tuesday, November 25, 2008 2
Here I am again.. writing wat inside my complex brain huhu(is it complex?) ok, there nothing much that I want to say especially when I’m in my sis house. On 2nd sem break ago, I also staying in her house cause I want some new adventure in mylifebut it ended that her car that I drove hit by someone. Now? I did not expect much cause afraid to trouble everyone else, I just sit down n follow the flow .. I can say it part of my journey of life…





Actually, I watched Awake few hours ago actor by haden n actress by Jessica alba. This movie just give me an idea to write something. Its about human behavior that I hate most. Betray. I hate betrayal. How do u feel if u really trust someone and that someone breach ur trustworthy? Anger. Revenge.




Ok, I can give few example here, if u are a doctor who have a patient that ur own friend. He trusted u so much untik he only want u become his surgeon for his heart transplant. And what the doctor did? Failed the surgery to sold the heart to the black market? How could u?! How about the parents that wait outside the operation theatre? Wife? Girlfriend maybe? kids? friends? Crying cause was thought the surgery was fail.. but the truth is, the doctor have betray the trustworthy given to the patient because of money…





Other example can I say is.. in a relationship, there must be trustworthy wrap with the love to make the relationship workin out. What happen if u see ur girl or ur boy is cheating on u? it really hurt rite?






But why… human still want to betray? Some people might say, human have right to choose what best for his/herself. And I wonder, what is the best actually if u hurting people to get ur own happiness. that selfish!








What can I say..its human and its colour of life.







p/s : dpt ilham dr nengok tb sebenarnya hehe

Saturday, September 6, 2008

dilema melayu

Saturday, September 6, 2008 0
pernah x anda terfikir bahawa dunia ini x adil? di penuhi oleh orang2 yg xreti nak bersyukur?
atau org2 yg sentiasa tamak xpernah puas? dan mcm2 lagi..
diri ini terpanggil tuk meluahkan pendapat tentang dilema melayu zaman glabalisasi ini. Dengan kencah arus dunia dengan isu harga minyak yang turun naik,ekonomi negara yg kurang stabil, politik negara yg makin hari makin bertambah kusut, akhlak remaja yg makin merundum, pelbagai ragam dan repond boleh kita jumpa. Dilema melayu yg dimaksudkan oleh diri ini ialah 'yg penting di belakang kan, yang kurang penting di dahulukan'

apa yg dimaksudkan oleh diri ini ialah... kita boleh mengambil 1 contoh di suatu negara yang politik nya agak mencabar pd trimester ini di mana seorang pemimpim Dato A merebut kawasan tuk menjadi wakil rakyat serta menakluk negara ini melawan Dato A. Akhirnya Dato A yg agressif menang majoriti. Apa yg hendak diperkata kan disini ialah bukan nya pasal Dato A vs Dato A tetapi kemenangan majoriti yg kebanyakan undi melayu. diri ini nak bertanya, apa pembangunan negara ini increase atau decrease di bwh naungan kepimpinan Dato A yg kurang agressif? salahkah apa yg dilakukannya? Adakah kita perlukan perubahan tika segalanya dalam keadaan stabil? bak kata nabil... lu pikir la sendiri...itu lah manusia...xpernah puas...

Kurang mengerti? contoh seterusnya... jika anda mempunyai komitmen dengan seseorang yg telah berbulan atau bertahun lamanya bermadu kasih dan sayang.. perlukah anda mencari yang lain dengan alasan hendakkan suatu perubahan? apa yang ada di hadapan mata, yg telah dikecapi, sukar di hargai... kenapa yg xpasti menjadi pilihan?

yang penting di belakangkan,
yang kurang penting, di hadapankan...
renung-renungkan lah sendiri....
 
~a little bit of everything~ ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates ►